Rakaman video meraikan hari jadi anak sulung pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendapat perhatian warga maya.

Sambutan ulang tahun yang ke lapan putranya, Ahmad Fakhruddin Attar itu disambut dengan meriah meskipun diadakan di rumah dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga.

Menerusi entri tersebut, Wawa mendedikasikan ucapan khas yang menyentuh jiwa buat anak pertamanya.

“Attar la penguat cinta kami, penguat kudrat kami, untuk berusaha lebih lagi ..sehingga la apa yang kita ada sekarang..,” katanya.

Selain menerima banyak ucapah hari jadi, video yang dimuat naik ke akaun Instagram milik Wawa itu telah menerima pelbagai reaksi netizen yang termasuk yang mendakwa kelihatan seperti ‘baby bump’ iaitu hamil.

“Nampak baby bump lah,” komen salah seorang pengikutnya.

Komen tersebut tidak menerima maklum balas dari Wawa sebaliknya seorang warga maya lain telah cuba mengukuhkan yang Wawa sedang hamil anak keempat.

“Rasa macam ye tu sebab pernah Aeril tulis jangan lupa buku pink (buku pemeriksaan wanita hamil) masa wawa nak pergi vaksin hari tu,” balas salah seorang warga maya.

Sehingga kini ia menjadi tanda tanya peminat dan netizen kerana Wawa dan Aeril masih berdiam diri serta tidak mengulas lanjut mengenainya.

Apa-apa pun jika benar Wawa hamil, Astro Gempak ingin mengucapkan tahniah dan semua urusan dipermudahkan.

Sekadar info, Wawa dan Aeril yang berkahwin pada tahun 2012 itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)