Nampak Baby Bump, Suka Makan Asam, Netizen Dakwa Syifa Melvin Hamil?
Asyikin Mayudin
29/04/2023 03:50 MYT
29/04/2023 03:50 MYT
Khabar angin mengatakan pempengaruh Syifa Melvin sedang berbadan dua mula timbul selepas netizen dakwa nampak ‘baby bump’ di video yang dikongsikan di TikTok pertengahan April lalu.
Malah isteri kepada pemain bola sepak terkenal iaitu Safawi Rashid, turut menerima pertanyaan mengenai kehamilannya menerusi Instastory.
“Syifa pregnant (hamil) ke? Sebab nampak Syifa berseri-seri,” tanya netizen.
Adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini tidak mengiyakan atau menafikan soalan tersebut namun dia hanya memohon doa sahaja.
“Hanya doa ku pinta,” jawab Syifa secara ringkas.
Menerusi soal jawab di Instastory, ada juga netizen yang bertanya mengenai kekerapan Syifa makan makanan yang masam sejak akhir-akhirnya.
“Kenapa lately ini Syifa suka makan yang masam-masam? Haha saja nak tanya-tanya,” soal netizen.
Menjawab persoalan itu, Syifa menjelaskan dia sememangnya gemar makan makanan itu sejak dari kecil sehingga menyebabkan gigi menjadi nipis.
“Suka makan ini dari kecil besar Pia sampai tua bangka. Gigi sampai nipis tau dentist kami habaq (beritahu),” kata Syifa.
Terdahulu, video memaparkan Syifa yang memakai pakaian serba putih sedang bermain ‘money machine’ di sebuah bazar yang dianjurkan sempena jualan Hari Raya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata netizen lebih tertarik untuk melihat di bahagian perut Syifa yang kelihatan seakan-akan ‘baby bump’ dan mereka mula membuat spekulasi mendakwa pempengaruh itu sedang hamil.
Untuk info, Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.