HIBURAN
Nampak Badan Makin Susut, Mira Filzah Bukan Diet - “Berat Turun Secara Sendiri Lepas Lahirkan Anak”
Pelakon, Mira Filzah mengakui terdapat sedikit perubahan yang berlaku terhadap berat badannya selepas melahirkan cahaya mata.
Bagaimanapun kata Mira, dia tidak mengamalkan diet ketat atau mengawal pemakanan secara khusus, sebaliknya berat badannya menurun secara semula jadi hasil daripada rutin harian sebagai seorang ibu dan komitmennya terhadap kerjaya.
“Adalah juga buat senaman sikit sikit tapi tidaklah secara agresif. Tetapi mungkin juga bila terlibat sekali dengan penggambaran sewaktu bergelar ibu ini sangat berbeza dengan masa kita single,” jelasnya.
Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Mandul Bukan Pilihan bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah Mira lagi, status baharunya sebagai seorang ibu ternyata memberi cabaran dalam kehidupan termasuklah menyesuaikan diri antara kerja dan juga anak.
“Kalau dulu selepas shooting, balik mandi, solat, tidur, tapi kali ni ada tambahan, anak bangun buka mata cari kita.
“Walaupun bila kita pulang tengah malam, contohnya balik pukul 5 pagi, habis di set, dia nak sambung pergi sekolah jadi kita tidak boleh sambung tidur terus sebaliknya bangun, mandikan dia.
“Jadi saya rasa mungkin sebab tanggungjawab saya dan status berbeza sebagai seorang ibu itu membuatkankita lagi penat sebenarnya.
“Shooting ini memenatkan sebab itu saya percaya kebanyakan selebriti yang berkahwin, ada yang membuat keputusan untuk berehat,” ujarnya.
Terdahulu, selain Mira, anaknya, Wan Khair Amir juga turut mendapat perhatian netizen kerana dikatakan fizikalnya terlampau kurus.
Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tiga tahun.
Tak diet atau kawal pemakanan
Bagaimanapun kata Mira, dia tidak mengamalkan diet ketat atau mengawal pemakanan secara khusus, sebaliknya berat badannya menurun secara semula jadi hasil daripada rutin harian sebagai seorang ibu dan komitmennya terhadap kerjaya.
“Sebenarnya berat badan saya ini turun secara sendirinya selepas melahirkan anak. Saya tidak mengawal pemakanan, maksudnya saya makan sahaja.