Ketika ini pastinya isu penularan wabak koronavirus (COVID-19) antara paling banyak diperkatakan.

Sehingga hari ini virus berkenaan telah mengorbankan lebih 1,700 nyawa.

Sehubungan itu, ahli sains di seluruh dunia bertungkus-lumus memahami asal-usul virus korona ini sejak penularan wabak pada Januari lalu.

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani pakar-pakar di Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Montana, Amerika Syarikat telah memuat naik sebuah galeri yang mengandungi imej terkini koronavirus menggunakan pelbagai jenis mikroskop pengimbas elektron.

Menurut laman rasmi NIAID, sampel imej koronavirus SARS-CoV-2 (yang dahulu dikenali sebagai 2019-nCoV) ialah sebahagian daripada kajian di Regional Medical Laboratory (RML).

Berikut beberapa hasil imbasan makmal COVID-19:





Untuk rekod, China mencatat jumlah tertinggi dengan 70,639 kes membabitkan COVID-19.

Malaysia pula menerima sebanyak 22 kes setakat ini.

Sumber: Astro Awani