"Nampak Gayanya Lagi 3 Ke 4 Tahunlah Baru Kita Dapat Melancong" - Ezzaty Abdullah Menyesal Tak Bawa Anak Bercuti Tahun Lalu

ZULHILMI JALIL
April 30, 2020 06:21 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah meluahkan rasa kesal apabila tidak meluangkan masa yang ada pada Disember tahun lalu untuk bercuti bersama anaknya sewaktu sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-2.
Menurut Ezzaty, dia kini mungkin terpaksa melupakan perancangannya untuk membawa anaknya, Harum Dahlia bercuti untuk beberapa tahun akan datang ekoran penularan wabak Covid-19.
"Patut birthday anak ibu tahun lepas kita jalan-jalan, tapi jadual ibu sibuk nak cari duit. Rezeki jangan ditolak kata orang. Pastu rancang melancong masa birthday ibu, tapi ada Covid-19 pulak.
"Hmmm, nampak gayanya lagi tiga ke empat tahunlah baru kita dapat melancong balik, Harum. Menyesal pulak bulan 12 hari tu tak luang masa dengan Harum bawa jalan-jalan," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut Ezzaty turut memuat naik gambar kenangan dirinya bersama Harum ketika dalam penerbangan untuk pergi bercuti.
Katanya lagi, jika keadaan sudah mengizinkan barulah dia akan menunaikan hasratnya untuk bercuti di luar negara.
"Sekarang ibu luang masa dengan Harum dekat rumah je lah ya. Kita jalan-jalan dalam rumah.
"Tahun depan kalau dah habis Covid-19, kita jalan-jalan dalam Malaysia dulu sampai betul-betul sembuh 355% baru kita ke luar negara okay. Masa tu nanti Harum dah boleh baca kapsyen ibu ni, hahaha," katanya.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Ezzaty Abdullah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Ezzaty Abdullah #Bercuti #Harum