Laman Utama

“Nampak Jer Garang Tapi...” - Love You Always! Ucapan ‘Sweet’ Sharnaaz Ahmad Untuk Shukri Yahaya Buat Netizen Cair!

Hanafis Haris
13/06/2022
01:55 MYT

Kasih sayang seperti adik kandung! Itu antara ucapan ‘sweet’ pelakon Sharnaaz Ahmad sempena hari kelahiran sahabatnya Shukri Yahaya.

Ucapan tersebut dibuat oleh Sharnaaz menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya, malam semalam.

“Happy Birthday buat sahabat, brother kesayangan. Aku rasa hang tau dah macam mana aku sayang dekat hang.

“Jadi just stay the way u are, stay humble, always be the best dengan apa yang hang buat. Semoga terus sukses, bahagia di samping Tya Adnan, Ameena dan Pak Maliki,” katanya.

Jelas Sharnaaz, dia juga berterima kasih kepada Shukri kerana banyak mengubah dirinya sepanjang mereka berkenalan.

“Terima kasih kerana banyak tone down aku jadi lebih berguna di masa ini. Happy Birthday lil brother, love u always,” katanya.

Ucapan Sharnaaz kemudian menarik perhatian ramai netizen yang kagum dengan ikatan persahabatan kedua-dua pelakon hebat itu.

Ada yang menganggap ia satu perkara yang ‘sweet’, namun tidak kurang juga menganggap ia satu tindakan yang comel terutama apabila ucapan itu keluar dari isi hati Sharnaaz.

“Sharnaaz yang garang pun sweet juga bagi wish dekat sahabat dia”.

“Bros 4 life, sahabat sejati”.

“Comel la depa dua ni, bff sejati dunia akhirat,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Shukri Yahya menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini, 13 Jun, sekali gus menjadikan pelakon berkenaan kini berusia 34 tahun.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

gempak
12/06/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui tidak berasa cemburu apabila sahabatnya, aktor Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama, Amelia Henderson beserta kapsyen pujian.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Norreen Iman Kongsi Momen Tunai Umrah Dengan Tya Adnan - “Bila Nampak Kaabah, Aku Banyak Speechless”

gempak
03/04/2024
03:55 MYT
Suka tengok Norreen & Tya.
Viral

Pengasas Bulan Bintang Berhabis RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Hadiah Pakej Umrah!

gempak
01/04/2024
11:57 MYT
Azzim Zahid Azmi memperuntukkan kira-kira RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

gempak
01/04/2024
07:25 MYT
Sharnaaz beri pandangan mengenai Aliff Syukri.