Sebuah video memaparkan seorang gelandangan membuat persembahan di hadapan orang ramai menjadi viral kerana suaranya dikatakan persis vokal penyanyi Hazama.

Video yang dimuat naik menerusi laman Facebook (FB) yang menggunakan nama Sultan Melaka mula hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan video tersebit dirakamkan ketika gelandangan itu sedang menghiburkan orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang.

Video berdurasi selama 16 minit itu merakamkan lelaki berkenaan sedang menyanyi dan menyampaikan beberapa buah lagu antaranya What’s Up nyanyian 4 Non Blondes dan Tiara nyanyian asal kumpulan Kris.

Sehingga kini video tersebut telah menerima jumlah tontonan sebanyak 2.3 juta dan mendapat lebih lebih 50,000 perkongsian.

Bagaimanapun, rata-rata peminat mengesyaki gelandangan itu adalah Hazama oleh kerana gaya nyanyian dan suara merdunya amat menyerupai penyanyi tersebut.

Mereka juga memberikan pendapat bahawa Hazama mungkin sedang menjalankan satu misi untuk program tertentu.

Hazama bagaimanapu masih belum memberikan respon mengenai perkara tersebut.

Berikut merupakan komen-komen yang diberikan oleh peminat:

“Suara memang sebiji hazama. Suara Hazama mana ada orang boleh ikut. Hidung nampak mancung tu, hidung tampal kot. Yela, mana ada orang menyamar nak bagi orang cam kan? Haha,” - Farizal Azam

“Memang hazama pun. Vibrato dengan dinamik suara dia dah boleh cam,” -
Osman Al-Banjari

“Nampak sangat Hazama nye hahaha. Walaupun kau pakai serabai macam tu der,” -
Fanikin Ashikin Afflily




Teks oleh: Mya Amri

Foto / Video: Fb Sultan Melaka