Skip to main content

Budaya Popular

“Nampak Letih Tapi Steady Layan” - Gelagat Khairul Aming Melayan Peminat Di Kelantan Raih Pujian Netizen

astrogempak_khairul-amin-layan-peminat-bergambar.jpg

Gelagat pempengaruh dan usahawan Khairul Aming bersama masyarakat di pusat banjir berjaya menarik perhatian netizen baru-baru ini. 

Layan peminat

Menerusi satu perkongsian netizen di akaun TikTok, memaparkan momen Khairul Aming dikerumuni oleh beberapa individu termasuk golongan kanak-kanak. 

Advertisement

Meskipun raut wajah usahawan sambal nyet itu kelihatan letih, namun dia masih gigih melayan peminat yang mahu bergambar. 

“Seronok tengok Khairul Aming melayan dan membantu mangsa-mangsa banjir. Semoga menjadi inspirasi anak muda,” tulis pemilik video tersebut. 
 

@wani.arma Seronok tengok KA melayan dan membantu mangsa2 banjir. Semoga menjadi inspirasi anak2 muda juga...semoga dipermudahkan segala urusan mangsa2 banjir yg terlibat. #banjir2024 #khairulaming ♬ A letter from an angel - Eisuke Mochizuki

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Khairul Aming (KA) yang dianggap sebagai seorang yang penyabar. 

“Nampak letih tapi steady layan kan.

“Nampak KA penat sangat tu.

“Sabar sungguh KA layan anak-anak seronok tengok.

“Daripada tua sampai muda, KA memang ramai peminat, komen beberapa netizen. 

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Situasi Sangat Kritikal, Kena Cepat, Saya Minta Maaf” - Khairul Aming Mohon Maaf Tak Sempat Nak Bergambar, Beri Fokus Pada Mangsa Banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Ameer Beri Keizinan Khairul Aming Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, Netizen Suka Tengok Cara Kerja Khairul Aming - “Itu Pentingnya Education, Sistematik Kerja”


ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Masak, Redah Banjir Agih 1,200 Pek Makanan: “Ramai Mangsa Berpindah Sehelai Sepinggang”

Terdahulu, Khairul Aming berada di negeri Kelantan kira-kira selama seminggu bagi menghulurkan bantuan susulan bencana banjir.

Must-Watch Video