“Nampak Letih Tapi Steady Layan” - Gelagat Khairul Aming Melayan Peminat Di Kelantan Raih Pujian Netizen
Gelagat pempengaruh dan usahawan Khairul Aming bersama masyarakat di pusat banjir berjaya menarik perhatian netizen baru-baru ini.
Layan peminat
Menerusi satu perkongsian netizen di akaun TikTok, memaparkan momen Khairul Aming dikerumuni oleh beberapa individu termasuk golongan kanak-kanak.
Meskipun raut wajah usahawan sambal nyet itu kelihatan letih, namun dia masih gigih melayan peminat yang mahu bergambar.
undefinedSementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Khairul Aming (KA) yang dianggap sebagai seorang yang penyabar.
“Nampak letih tapi steady layan kan.
“Nampak KA penat sangat tu.
“Sabar sungguh KA layan anak-anak seronok tengok.
“Daripada tua sampai muda, KA memang ramai peminat, komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Situasi Sangat Kritikal, Kena Cepat, Saya Minta Maaf” - Khairul Aming Mohon Maaf Tak Sempat Nak Bergambar, Beri Fokus Pada Mangsa Banjir
ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Ameer Beri Keizinan Khairul Aming Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
ARTIKEL BERKAITAN: Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, Netizen Suka Tengok Cara Kerja Khairul Aming - “Itu Pentingnya Education, Sistematik Kerja”
Terdahulu, Khairul Aming berada di negeri Kelantan kira-kira selama seminggu bagi menghulurkan bantuan susulan bencana banjir.