LAMAN UTAMA

Nampak Macam Baby Bump, Netizen Speku Isteri Fizo Omar Hamil?

Hanafis Haris 16/01/2022 | 09:07 MYT

Perkongsian beberapa keping gambar percutian pelakon Fizo Omar bersama keluarga nampak gayanya telah mencuri tumpuan ramai.

Bukan memfokuskan mengenai keseronokan percutian tersebut, namun tumpuan netizen lebih kepada isteri pelakon tersebut iaitu Fazeera Nazri.

Menerusi pemantuan Gempak di ruang komen, ramai netizen yang membuat spekulasi dan bertanyakan sama ada Fazeera kini hamil atau tidak.

Ini kerana berdasarkan ‘mata’ serta pemerhatian mereka, terdapat ‘baby bump’ pada perut Fazeera.

Susulan itu, ramai netizen yang menzahirkan ucapan tahniah sekiranya dakwaan itu benar.

“Macam terlihat isteri mengandung ye”.

“Nampak perut berbeza”.

“Nampak dekat IG story adik fizo pun nampak perut wife fizo besar sedikit. Kalau betul tahniah”.

“Tahniah jika memang benar”.

Sekadar info, Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun.

#Viral #Isteri #Omar #Fizo