Laman Utama
Nampak Makin Berisi & Berseri, Berat Badan Elyana Dah Naik 49 Kilogram!
Selepas menjalani beberapa siri rawatan radioterapi, penyanyi Elyana kini kelihatan semakin ceria dan berseri.
Malah, ada pengikut di laman sosial Instagram mula menegur perubahan fizikal Elyana yang kelihatan sedikit berisi.
Menjawab pertanyaan daripada para peminatnya, Elyana mengakui berat badan terkininya sudah bertambah daripada 35 kilogram (kg) kepada 49 kg.
Elyana sebelum itu membuka soalan “nak tanya apeee?” kepada para pengikut di ruangan IG Storynya.
Selain itu, ada juga peminat yang bertanya tentang tips Elyana sentiasa positif dan ceria walaupun sudah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu.
Elyana pada 27 Julai lalu menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya.
Kanser tersebut turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Pada Jun lalu, Elyana turut menjalani rawatan radioterapi.
Pelantun suara Kalis Rindu itu mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan menghidap kanser tahap empat dalam program realiti nyanyian, Gegar Vaganza, pada 2017.
Must-Watch Video