Laman Utama
Nampak Makin Kurus, Netizen Tuduh Vida Potong Usus! Ini Jawapan Empunya Badan…
Sejak kebelakangan ini, penampilan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida semakin menyorot perhatian netizen.
Dari segi pemakaian sehingga saiz bibir, apa sahaja yang dikongsikan oleh Vida di media sosial pasti akan menjadi topik bualan.
Kali ini, penampilan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu sekali lagi menjadi bahan perbincangan apabila dia dikatakan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum ini.
Apatah lagi apabila tuan empunya badan menulis kapsyen yang menunjukkan seolah-olah tubuhnya kini semakin langsing.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulisnya ringkas.
Justeru, pengikut Vida meninggalkan komen dan bertanya adakah dia melakukan pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Begitupun, Vida secara ringkas menegaskan yang dia tidak menjalani sebarang pembedahan seperti yang dimaksudkan.
“Tak, no no,” jawabnya ringkas.
Selain itu, ada juga yang berpendapat, pemakaian ringkas tanpa barang kemas sarat seperti yang digayakan Vida menerusi gambar begitu sesuai dengan dirinya.
“Pakaian dan make-up simple macam ni dah cukup cantik dan ayu Datuk. Pakai barang kemas yang simple jangan pakai hok besar-besar tu tak cantik.”
“Sukanya Datuk pakai macam ni. Lebih nampak style orang kaya, elegan gitu.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video