Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

“Nampak Neutral, Dia Punya Gelak Special” - Ramai Mahu Ramona Kekal Jadi Hos MeleTOP

Mya Amri 23/09/2020 | 08:22 MYT

Pelakon Ramona Zamzam menerima pujian netizen apabila mengacarakan program MeleTOP semalam.

Ramona menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto bersama hos tetap MeleTOP, Nabil Ahmad.

Ragam spontan Ramona sewaktu mengacarakan program itu menerima pelbagai respon positif dari pengikutnya sehingga ada yang mencadangkan aktres itu menjadi hos kekal.

Rata-rata pengikutnya berpendapat Ramona kelihatan bersahaja dan tidak kekok mengendalikan program yang disiarkan secara langsung itu.

“Kekalkan Ramona jadi hos MeleTOP, dia punya gelak tu special,” puji @rizwananaqie

“Memang best dia ni, nampak neutral sangat, love,” komen @aunirozs

Sekadar info, MeleTOP disiarkan secara langsung setiap Selasa, jam 9 malam di Astro RIA (saluran 104) dan RIA HD (saluran 123).

#Ramona Zamzam