Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, Amir dan Anna dilihat seperti sedang menghabiskan masa di sebuah restoran.
Mengenakan baju sedondon, kedua-dua mereka kelihatan gembira mengambil gambar bersama.
Mengintai ciapan-ciapan yang dikongsikan di Twitter, ramai antara peminat yang dilihat suka melihat foto-foto berkenaan.
anna and amir look so cute at the recent ig story ???? WHY ARE THEY SO CUTE IM CRYING
— ?love, nadhir? (@simp4nadhir) June 18, 2023
“My love sitting next to my love.”
“Nampak serasilah Anna, dia ni budak baik. Si Amir smart juga, cocoklah Anna juga smart.”
my love sitting next to my love pic.twitter.com/cj3nqjjuGF
— may ♡ anna (@archiveofanna) June 18, 2023
“Anna dan Amir nampak sangat comel menerusi Instagram Story mereka yang terbaharu. Kenapa mereka sangat comel saya nak nangis!”
Terdahulu Anna meraih popular yang meroket sehingga ke Indonesia menerusi drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus.
Tidak kurang, Amir turut meraih perhatian ramai selepas terlibat dalam drama siri Astro Originals, Projek High Council.
