Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Nampak Serasilah…” - Peminat Dah Mula Suka Lihat Gambar Anna Jobling & Amir Ahnaf Di Media Sosial?

Izwan Isa
19/06/2023 02:50 MYT
Nama dua pelakon baharu, Anna Jobling dan Amir Ahnaf tiba-tiba menjadi bualan peminat apabila kedua-dua dramatis itu memuat naik gambar berdua di media sosial masing-masing.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, Amir dan Anna dilihat seperti sedang menghabiskan masa di sebuah restoran.

Mengenakan baju sedondon, kedua-dua mereka kelihatan gembira mengambil gambar bersama.

Mengintai ciapan-ciapan yang dikongsikan di Twitter, ramai antara peminat yang dilihat suka melihat foto-foto berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“My love sitting next to my love.”

“Nampak serasilah Anna, dia ni budak baik. Si Amir smart juga, cocoklah Anna juga smart.”
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Anna dan Amir nampak sangat comel menerusi Instagram Story mereka yang terbaharu. Kenapa mereka sangat comel saya nak nangis!”

Terdahulu Anna meraih popular yang meroket sehingga ke Indonesia menerusi drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus.

Tidak kurang, Amir turut meraih perhatian ramai selepas terlibat dalam drama siri Astro Originals, Projek High Council.

#Anna Jobling #Amir Ahnaf
;