HIBURAN
Nampak Susut Tapi Naim Daniel Okay - “Saya Sibuk Tulis Lagu, Mahu Fokus Dengan Diri”
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik walaupun badannya kelihatan sedikit susut.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata dia kini sedang sibuk dengan kerjaya nyanyian terutamanya dalam menghasilkan karya-karya baharu selain mahu memberikan tumpuan terhadap kesihatan diri.
“Saya cuma datang untuk penyerahan dokumen sahaja. Alhamdulillah, saya dalam baik-baik dan tengah sibuk dengan muzik saya balik.
“Sekarang pun saya sedang sibuk menulis lagu juga. Selain itu, saya cuma betul-betul fokus dengan diri dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Naim juga berharap peminat akan terus menantikan buah tangannya walaupun berdepan prosiding mahkamah.
“Setakat ini, alhamdulillah. Ada atau tiada (kes) itu kerja saya.
“Jadi, saya buat seperti biasa dan harap semua orang dapat sama-sama bersabar untuk kemas kini yang seterusnya, insya-Allah,” jelasnya.
Hari ini, Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini, hari ini menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan kes Naim di bawah pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.
Menurut peguam yang mewakili Naim, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, pihaknya selaku defendan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes tersebut kepada pihak mahkamah.
Penyerahan dokumen tersebut dilakukan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
Terdahulu, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, pada 17 Jun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Purnama itu didakwa telah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel bagi tujuan seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit hotel di Petaling Jaya, Selangor pukul 8.56 malam pada 19 Mei lalu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin manakala Naim Daniel diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.
Mahkamah kemudian membenarkan Naim Daniel diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Sebelum ini, selebriti itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangannya.
Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataanya berkata, arahan tuduh ke atas suspek telah diperolehi daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.
Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Sumber: Kosmo Online!