HIBURAN
"Nampak Tak Hidung Akak? Dah Senget Tau!" - Nur Nilam Ortiz Kongsi 'Seksa' Buang Silikon, Putus Urat Dagu
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi keadaan terkini tulang hidungnya yang sedikit senget selepas prosedur pembedahan membuang silikon kolagen baru-baru ini.
Jelas Nur Nilam, 45, keadaan itu disebabkan prosedur mengikis tulang hidung asalnya ketika mula memasukkan silikon kolagen.
"Sesiapa yang pakai silikon kolagen ni akan berfikir untuk buang. Nampak tak hidung akak, dah senget tau. Hari ni hampir seminggu buang semua.
"Bila pakai silikon kolagen tak sama macam filler sekarang, boleh suntik untuk keluarkan. Zaman akak dulu bila suntik tak boleh dicairkan.
"Sesiapa berniat buang, perlu lalui proses pembedahan. Buka, kikis dan batang hidung akan jadi senget," katanya sambil menunjukkan wajah yang masih bengkak.
Tambah Nur Nilam lagi, bahagian hidung yang pernah dimasukkan silikon perlu dibedah, dibuka dan dibersihkan satu persatu namun akan meninggalkan kesan kekal selepas ini.
Selain hidung, bahagian bawah dagunya juga turut dibedah untuk mengeluarkan silikon yang pernah dimasukkan sebelum ini.
"Bawah dagu saya perlu 'dibuka' dalam dua ke tiga inci. Perasan tak sini (dagu) takkan normal balik. Ini benang yang akan dicabut balik.
"Dagu akak tak rasa, bila dah potong urat putus. Jadi takkan rasalah. Seksa tak? Seksa sangat!" tambahnya.
Meski ada yang sinis menganggap perkongsian tersebut hanyalah 'konten', Nur Nilam tetap teguh dengan pendiriannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
"Saya tak kisah pun korang cakap konten.
"Saya cuba menjalankan tanggungjawab akak sebagai muslimah baik, saya cubalah. Bila kikis kolagen, akan kikis sekali dengan isi. Kita tengoklah lepas ni macam mana.
"Dalam dua minggu atau mungkin akan lamalah bengkak. Saya bukan tambah (silikon) atau buat, saya pergi buang," ujarnya lagi.
Must-Watch Video