“Nampak Tapi Tak Boleh Pergi” - Sam Jalani Kuarantin, Syatilla Melvin Sedih

Azwa Rahman
September 30, 2020 09:01 MYT
Pelakon Syatilla Melvin terpaksa berjauhan dengan suaminya aktor Shahiezy Sam yang kini sedang menjalani proses kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel.
Menerusi laman sosial Instagram, Tilla berkongsi babak video yang menunjukkan aksinya melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya.
“Aku dekat office, Sam kuarantin kat hotel depan office aku ja.
“Nampak dari jauh tapi tak boleh pergi. Wei sedih wei,” tulis Tilla di ruangan kapsyen.
Difahamkan Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
BACA: Sam Dikuarantin Selepas Balik Dari Sabah, Terpaksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Tilla merindui suaminya yang hanya boleh dilihat dari jauh.
“Untuk kebaikan semua orang, semoga Sam sihat,” komen seorang wargamaya.
“Hahaha mesti rindu gila,” kata seorang wargamaya.
“Bagus-bagus, kena kuarantin la kalau sayang family anak bini ibu ayah semua,” ujar seorang wargamaya.
“Sabar-sabar, semoga semuanya baik-baik sahaja,” tulis seorang wargamaya.
“Alaa kesiannya, sama-sama kita berdoa Sam sihat dan berjaya habiskan tempoh kuarantin,” pinta seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #COVID-19