"Nampaknya Perempuan-Perempuan Di Luar Sana Akan Kemurungan .." - Ikmal Amry Tayang Kekasih, Peminat Cemburu!

Zulaikha Yusof
Februari 27, 2019 04:02 MYT
Pelakon muda, Ikmal Amry telah memuat naik foto bersama teman wanitanya, Najla di laman Instagram (IG) miliknya.
Foto Ikmal dengan wanita itu telah mendapat perhatian peminat wanita yang rata-rata cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa hati pelakon pujaan mereka sudah dimiliki.
Menerusi entri tersebut, Ikmal dan teman wanitanya bersama berlatar belakangkan sebuah 'fun fair' di Gombak.
Segelintir peminat wanita menunjukkan mereka cemburu dan kecewa apabila mengetahui Ikmal sudah berpunya.
#Ikmal Amry