Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nana Mahazan Pernah Alami Masalah Kulit Muka Teruk, Hari-Hari Menangis Tengok Cermin

Amri Hassan
16/02/2022 00:50 MYT
Penyanyi, pengacara dan penyampai radio Nana Mahazan mendedahkan pernah mengalami masalah kulit wajah yang teruk beberapa tahun lalu.

Berkongsi lebih lanjut tentang perkara terbabit, kata Nana, situasi itu telah menyebabkan dia hilang keyakinan diri hingga menangis setiap hari apabila memandang cermin.

"Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.

"Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit 'breakout' atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda. Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan paling dahsyat itu.

"Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini. Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya," katanya.

Sepanjang setahun mencari alternatif, Nana akhirnya bangkit daripada fasa breakout dengan mencuba pelbagai produk penjagaan kulit wajah hingga akhirnya terlintas untuk memasarkan rangkaian jenama produk sendiri pada 2020.

"Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.

"Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai 'superfood' dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.

"Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga 'rakyat'," katanya.

Usaha Nana menghasilkan produk berkualiti taraf antarabangsa dengan harga mampu milik memberi justifikasi cukup membahagiakannya.

"Ini antara sekecil kecil usaha saya menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan paksi mahu menolong rakyat Malaysia merasai ramuan bahan berkualiti dan menyamai taraf antarabangsa dengan harga mampu milik.

"Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu produk ini sangat bagus dan terbukti sudah menolong ramai orang. Sudah ribuan testimoni yang berjaya mendapatkan kembali kulit sihat. Malah ada testimoni daripada seorang lelaki yang daripada kulit teruk, tapi kini bersih dan sihat. Perubahan itu buat saya teruja, gembira bercampur tangisan kerana usaha diteroka membuah hasil.

"Ramai juga ejen saya berjaya keluar daripada zon selesa mereka dan mula menjana pendapatan. Itulah yang saya harapkan dengan perniagaan ini yakni sama sama berkongsi rezeki. Ada di kalangan stokis meraih RM100,000 sebulan. Itu kejayaan yang sangat 'wow'," katanya.

Justeru, kata Nana, dia ingin untuk terus membantu golongan wanita memperkasakan diri dan menanam semangat untuk terus berjaya.

"Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Klik https://linktr.ee/nanamahazanhq untuk info lanjut.

"Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.

"Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimana nak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara," katanya.

Kini bersama pengaruh dimilikinya di Instagram dengan 794,000 pengikut, pemilik tanda pagar #nanaootdpagar itu kekal relevan dan kebal mengukuhkan jenamanya termasuk melebarkan empayar perniagaan kecantikan dan makanan.

"Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.

"Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.

"Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018," katanya yang bertudung sejak tahun lalu.

#Penyanyi #Viral #Pengacara #Menangis #Nana Mahazan #Kulit #Muka #Jerawat
;