"Nangis Bonda Tengok!" - Tak Sampai 2 Minit Tinggal, Yatt Hamzah Terkejut Tengok Anak Berlumuran Dengan...

ZULHILMI JALIL
April 27, 2020 05:04 MYT
Pelakon Yatt Hamzah berkongsi pengalaman mengejutkan apabila melihat anak perempuannya, Medina berada dalam keadaan seperti berlumuran dengan darah ketika masuk ke dapur.
Begitupun, menurut Yatt, anak perempuannya itu sebenarnya berlumuran dengan bahan pewarna merah yang mungkin disangkakan sebagai air sirap.
"Bonda pergi tengok adik dia, baby Hawa sekejap je tak sampai dua minit, masuk-masuk dapur tengok Medina sedang gogok pewarna merah nak buat kuih!
"Habis satu badan, baju dia, lantai rumah Bonda merah. Dah macam crime scene Ya Allah anak...
"Kan dah kata anak-anak bonda lasak yang amat. Dah macam dracula lepas hisap darah orang pun ada, nangis Bonda tengok!," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Yatt turut berkongsi video yang memaparkan anaknya itu menangis selepas ditemui dalam keadaan berlumuran dengan pewarna merah tersebut.
"Bila tanya kenapa minum pewarna tu, terus Median menangis tak nak beritahu. Mungkin dia ingat tu air sirap sedap kot. Hausnya macam orang puasa gogok satu shot je.
"Bonda nak marah pun ada, nak gelak pun ya. Geli hati tengok gelagat ragam anak-anak yang macam-macam ni. Menguji kesabaran betul bulan Ramadan ni. Tak pasal-pasal kena sental baju dia dan lantai," luahnya.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli pada Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfaa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha, berusia empat bulan.
Yatt mempunyai seorang anak lagi, Suci Hanania Malika, 10, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Syukor.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Yatt Hamzah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Anak #Yatt Hamzah #Medina