"Nanti Bila Raf Ada Baby Dengan Mawar, Anak-Anak Lain Diketepikan" - Bakal Timang Baby Baru, Raf Yaakob Dikecam Netizen

Asraf Aided
Disember 4, 2018 08:45 MYT
Suami kepada pelakon Mawar Rashid iatu Raf Yaakob dikecam segelintir netizen mengatakan dia akan mengetepikan dua orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini apabila mendapat cahaya mata bersama isterinya itu.
Perkara itu dikongsi Raf menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Ada juga suara-suara sumbang yang DM dan komen di Instagram saya cakap saya akan mengetepikan anak-anak saya hasil perkahwinan dahulu setelah saya mendapat anak bersama Mawar.
"Sabar je la manusia zaman sekarang ni.
"Anak saya ada 3 ke, 30 ke, kasih sayang saya tetap sama pada semua," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Raf turut menyatakan kasih sayangnya terhadap anak-anak sebelum ini tidak akan pernah pudar walaupun mereka jarang bertemu.
Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini sedang hamil tujuh bulan.
#Mawar Rashid #Raf Yaakob