HIBURAN
“Nanti Datuk Aliff Syukri Tengok!” – Cik B Merajuk Disakat DSV Lagi, Netizen Terhibur
Gelagat anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B kembali mencuit hati netizen apabila dia dilihat seolah-olah merajuk selepas disakat ibunya sendiri.
Menerusi satu rakaman video ketika mereka mengadakan sesi siarang langsung, Cik B dilihat sedang menikmati buah mangga sambil berdiri sebelum Vida tiba-tiba menegur dengan nada mengusik.
undefined
“Cik B makan macam tu ke? Eh duduk! Nanti Datuk Aliff Syukri tengok,” ujar Vida.
Terkejut dengan usikan itu, Cik B terus memberi reaksi spontan dan dilihat sedikit merajuk.
“Mama… janganlah macam ni, tolonglah,” balasnya dengan wajah tidak puas hati sebelum cuba berlalu pergi.
Bagaimanapun, Vida sempat menarik kembali perhatian anak gadisnya itu dan memintanya duduk di hadapan kamera, seolah-olah mahu melanjutkan gurauan.
Rata-rata netizen terhibur dengan interaksi comel dua beranak itu dan membanjiri ruangan komen.
“Weii, diorang ni kan… suka menyakat! Lawak la. Tak apa Cik B, kita orang ‘on je’ Cik B jadi menantu Datuk!.
“Masalahnya kalau diorang bergabung, aku rasa Cik B & Amayan (Ammar Ayhan) adalah pasangan pengantin paling pening sekali masa majlis bahagia mereka… hahahahah.
“Kena sakat lagi Cik B ya,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Vida mencetuskan tawa ramai apabila secara terbuka cuba ‘kenenkan’ Cik B dengan anak sulung usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ayhan menerusi satu klip video lain yang turut tular di media sosial.