Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Nanti Hampa Dah Menikah Pandai-Pandai Lah” - Che Ta Tunjuk Cara Susun Baju Melancong Anak

Mya Amri
01/10/2023 08:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi cara memilih dan menyesuaikan pakaian anak-anaknya yang akan bercuti selama empat hari.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok merakamkan Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta sedang mengemas pakaian anak-anaknya mengikut hari.

“Okay ini untuk hari pertama, hari pertama semua baju golf. Baju biru seluar biru kita dah padankan dengan kasut.

“Seluar dan baju hijau kita dah padankan dengan kasut hijau. Jadi empat hari empat malam, empat baju empat kasut. Selesai,” ujarnya.

Dalam video itu juga, Che Ta turut berkongsi cara-cara meletakkan susunan baju yang dipilih itu ke dalam bagasi termasuklah kasut.

Bagaimanapun kata Che Ta menepis dakwaan mengatakan anak-anaknya tidak pandai berdikari.

“Orang kata anak-anak Che Ta ni tak berdikari ke, eh tidak lah kami buat apa kami nak buatlah packing baju untuk anak-anak,” katanya sambil mengemas.

undefined
Dalam pada itu di hantaran yang sama, Che Ta juga sempat mengusik anaknya dengan menulis kapsyen:

“Semua mak mak nak bagi the best untuk anak-anak betui dak? Nanti hampa dah menikah pandai pandai lah caqi bini yang boleh jaga hampa pulak.

“Jangan dok qeyau kat aku kalau bini buta warna nanti,” tulisnya dalam loghat Utara.

Terdahulu, Che Ta mengakui sangat menitikberatkan penampilan anak-anaknya ketika keluar ke mana sahaja.

Malah anak sulungnya, Ammar Effendy mendedahkan Che Ta tidak membenarkannya memakai selipar ketika keluar walaupun hanya ingin ke kedai serbaneka.

#Anak #Che Ta #Gaya Hidup #Rozita Che Wan #Tips #Lifestyle #Melancong #Cara Susun Baju #Susun Baju
;