Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menyelar tindakan seorang individu di laman Twitter yang memperlekehkan taraf artis tempatan.

Individu tersebut telah melabelkan artis di Malaysia tiada kualiti, bodoh dan tidak bermaruah.

Tidak berdiam diri, Adibah tampil membalas 'tweet' individu berkenaan.

"Okay, toksah layan lagi artis Malaysia ya. Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke, pun jangan cari artis Malaysia okay? Babai," tulis Adibah.



Kenyataan Adibah itu mendapat perhatian dari warganet, rata-rata mereka memberi kata-kata positif kepada pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji kualiti Adibah sebagai seorang artis di Malaysia.




Sekadar info, Adibah mula menjejak kaki di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1995 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.