Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menetapkan peraturan anak-anaknya hanya dibenarkan makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.

Jelas Rebecca, dia bertindak sedemikian kerana ingin menjaga kesihatan keluarganya daripada sebarang penyakit berbahaya.

"Anak-anak mummy Becca hanya boleh makan McDonald dua bulan sekali sahaja.

"Bukan apa sebab mummy terlalu sayangkan anak-anak dan utamakan kesihatan keluarga ok.

"Nanti kecil-kecil lagi dah gemuk dan banyak penyakit susah pulak, takut sangat kalau kecik-kecik dah ada diabetes (kencing manis).

"Jadi dari anak-anak kecillah kita sebagai ibu bapa harus menjaga apa yang mereka makan," kongsinya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram TV miliknya.

Rebecca turut menggalakkan golongan ibu untuk selalu menyediakan makanan daripada air tangan sendiri untuk ahli keluarga.

"Bila difikirkan masakan ibu lagi baik ok, jadi ibu-ibu dah nama pun ibu harus rajin masak ok," tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Rebecca serta memuji dengan sikapnya yang peka mengenai kesihatan.

Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.