"Nanti Mak Promote Dengan Kawan"- Ubai Sebak Teringat Arwah Ibu Minta Rakan Undi Untuk GMW
Syafiqah Jalal
27/08/2023 08:18 MYT
27/08/2023 08:18 MYT
Pempengaruh media sosial, Ubai akui sebak apabila teringat arwah ibunya, Rohani Jamal antara insan yang kuat menyokong minatnya dalam pereka kandungan (content creator).
Kata Ubai atau nama lengkapnya Ubaidillah Zulkifli, 25, lebih-lebih lagi kini dia tercalon kali kedua dalam Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMW2023) dalam kategori Content Creator Trending (Hiburan).
"Rindu mak. Dulu (pencalonan GMW tahun lalu) selalu tanya, kalau menang ni dapat hadiah ke? Bila saya jawab dapat dia terus kata nanti mak promote dekat kawan-kawan mak.
"Mak selalu hantar link undian GMW itu dekat group Whatsapp tempat kerja dia, supaya kawan-kawan dia suruh undi sekali.
"Dia cakap pada kawan-kawan dia, anak dia nak menang anugerah dan kawan-kawan kena undi," katanya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama Ubai turut berkongsi perasaannya itu di InstaStory mesej yang diceritakan rakan ibunya tentang kebanggaannya pada anaknya itu.
Mengulas mengenai keadaan Ubai sekarang selepas pemergian ibunya pada 30 Julai lalu, suami kepada Shila Amzah itu memberitahu dia masih bersedih.
"Lebih baik sedikit sekarang. Cuma bila terlalu tempat-tempat yang pernah pergi dengan mak, teringat lah dan terus tak tahan sedih," tambahnya.
Tahun lalu, Ubai tewas denga pempengaruh terkenal Hafiz Mahamad dalam kategori Digital Influencer Tergempak.