"Nanti One Day Mommy Bawa Tengok Daddy Main Bola" - Rita Rudaini Nafi Berdendam Dengan Bekas Suami

Asraf Aided
November 11, 2018 09:47 MYT
Pelakon terkenal, Rita Rudaini menjelaskan dia tidak berdendam dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Razak seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
Perkara itu dikongsi Rita menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Macam-macam spekulasi orang terhadap kami, ada yang cakap saya tak bagi Aidil jumpa anak lah, ada juga yang cakap saya berdendam sehingga anak yang menjadi mangsa.
"Saya tiada masalah dengan bekas suami, pandai-pandai je segelintir pihak membuat tuduhan.
"Harap selepas ni takda lagi yang mempertikai tentang perkara ini.
"Takpa, nanti one day Mommy bawa tengok Daddy main bola ya, tunggu Daddy bagi tiket," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri tersebut, Rita memuat naik foto anak-anaknya bersama Aidil yang mengundang perhatian netizen untuk meninggalkan komen-komen positif.
Rita mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1998 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
#Rita Rudaini