Hiburan

"Nanti Papa Nak Work Hati Tak Tenang" - Anak Zamarul Hisham Masuk Hospital

gempak
Zulaikha Yusof
08/02/2019
04:13 MYT
Sponsor Banner
"Nanti Papa Nak Work Hati Tak Tenang" - Anak Zamarul Hisham Masuk Hospital
Anak kedua pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar, Kayla Reysha dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam sejak beberapa hari lalu.
Berita tersebut dihebahkan menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) milik Zamarul semalam.
"Cepat sembuh ok sayang..Nanti papa nak work hati tak tenang," tulisnya ringkas.
Rata-rata peminat Zamarul meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Kayla segera sembuh.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan penyakit anaknya.
Selepas Zamarul dan Diana bernikah pada 16 Mei 2009, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haiqal dan Kayla Reysha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024