,
Hiburan

"Nanti Saya Akan Hubungi Semula" - Terpaksa Selesaikan Sendiri, Ruhainies Kecewa Dengan Layanan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Zulaikha Yusof
31/01/2020
01:35 MYT
Pelakon cantik Ruhainies mendedahkan dia ada menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Filipina ketika terkandas akibat letusan gunung berapi.
Jelas Ruhainies pertolongan yang dimohon hanya dibalas dengan alasan yang tidak wajar.
"Saya ada hubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Filipina untuk meminta bantuan memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya.
"Saya beritahu yang saya terkandas serta mohon nasihat daripada pihak mereka.
"Individu yang bercakap dengan saya tu wanita melayu. Dia tidak membantu saya langsung.
"Alasannya dia merupakan kakitangan baru di situ jadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
"Selepas itu saya ada cadangkan kepada wanita tersebut untuk menanyakan kepada individu yang lebih senior.
"Dia cakap, "nanti saya akan hubungi semula." Namun sampai dah selesai semuanya, tidak ada pun panggilan telefon daripada mereka.
"Saya lakukan semuanya dengan sendiri," katanya kepada Gempak.
Ruhainies ditemui ketika majlis tayangan filem M4M4 di Mm Cineplexes, e@Curve, Mutiara Damansara semalam.
Dalam pada itu, adik kepada aktres Risteena akui berasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepadanya.
"Yang tak seronok, keesokkannya berita menyatakan tidak ada rakyat Malaysia yang terkandas.
"Sistem mereka sangat teruk. Saya kecewa dengan kedutaan di sana," katanya lagi.
Terdahulu, Ruhainies dan ibu bapanya tidak dapat pulang ke Kuala Lumpur akibat letusan gunung berapi Taal.
Ruhainies terbang ke Manila pada 10 Januari lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24.
BACA: Terkandas di Filipina Akibat Letusan Gunung Berapi... Ruhainies Habiskan Puluhan Ribu, Masih Belum Dapat Pulang ke Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.