NASA Tangguh Hantar Roket Ke Bulan Sebab Masalah…
Awani
30/08/2022 00:04 MYT
30/08/2022 00:04 MYT
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menangguhkan pelancaran roket terbaharu dikenali sebagai Space Launch System (SLS) dalam misi ke bulan pada Isnin.
NASA dalam kenyataannya pada Isnin berkata, roket berketinggian 322 kaki yang membawa projek Artemis 1 untuk ke bulan itu menghadapi masalah berkaitan enjin seperti yang disahkan oleh juruteranya.
Pelancaran Artemis 1 tidak akan berlaku hari ini selepas pasukan (pelancaran) mengenal pasti masalah pada enjin roket.
Pihak NASA sedang mendapatkan data dan kami akan mengemas kini maklumat berkaitan masa pelancaran seterusnya," katanya di Twitter hari ini.
Mengikut jadual asal, SLS sepatutnya dilancarkan di Pusat Angkasa Kennedy, Florida pada jam 8.33 pagi Isnin waktu tempatan.
Walau bagaimanapun, misi pertama kali agensi itu ke bulan selepas 50 tahun lamanya tidak dapat direalisasikan atas sebab teknikal.
Misi ini turut bertujuan melancarkan ujian kapsul Orion yang mana kapal angkasa tersebut akan mengelilingi bulan sebelum pulang ke bumi di Lautan Pasifik dalam tempoh enam minggu.
Kapsul Orion bagaimanapun tidak akan membawa angkasawan pada ujian kali ini.
NASA menjangkakan pelancaran bersama angkasawan hanya dapat dilaksanakan pada misi-misi seterusnya bermula 2024.