"Nash Dah Macam Ulat Beluncas" - Promosi Hand Sanitizer Sambil Menari, Sazzy Falak & Nash Buat Ramai Terhibur

Badrul Hashim
April 10, 2020 01:30 MYT
Macam-macam cara selebriti yang berada di rumah memilih jalan untuk menghiburkan peminat. Ada yang membuat TikTok dan ada juga yang mempromosikan barang-barang.
Tidak terkecuali buat pengacara dan pelakon jelita Sazzy Falak yang membuat promosi sarung tangan serta hand sanitizer di Instagram miliknya.
"Berita Baik. Pakai sarung tangan memang tengah in fashion right now.
"Kami ada hand sanitisers, dan sarung tangan juga. Oleh kerana kita selalu pakai, lebih lembut lebih bagus," tulis Sazzy mempromosikan pemakaian sarung tangan dan hand sanitizer.
Namun yang mendapat perhatian adalah lebih kepada cara mereka mempromosikan barangan tersebut apabila kedua-duanya bergilir menari sambil memegang botol hand sanitizer.
Teman-teman selebriti ramai yang terhibur dan meninggalkan komen terutamanya tentang tarian Nash.
Pasangan Sazzy dan Nazril berkahwin pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata kembar pada 2011. Pada Februari lalu, mereka sepakat mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Idris.
#Sazzy Falak #Nash