Pelakon Faye Kusairi yang kini giat menjalankan perniagaan gerai nasi ayam tepi jalan mengalirkan air mata gara-gara tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

BERITA TRENDING: Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Azza Elite Datang Support - “Berbunga Hati…

Faye dalam hantaran video memaklumkan nasi ayamnya habis terjual lebih awal daripada jangkaan hingga menyebabkan ada pelanggan berputih mata.

"Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

"“Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

“Semalam beli, hari ini beli lagi," ujarnya.

Namun kata Faye, tangisannya bukan untuk menagih simpati orang ramai.

“Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.

“Ramai orang beratur tetapi tak dapat, ada seorang pakcik sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

“Mana tak dapat hari ini, sila buat tempahan awal supaya esok kalian semua dapat merasa dan tiada yang kecewa,” ujarnya.