Laman Utama
“Nasib Baik Cik Abang Tolong”- Pembantu Rumah Berhenti Kerja, Nourul Depp Sedia Berhijrah
Pelakon Nourul Depp akui terpaksa menguruskan kerja rumah sendiri selepas pembantu rumahnya berhenti baru-baru ini.
Pun begitu, Nourul memberitahu dia beruntung kerana suaminya, Eric Depp seorang yang sangat membantu.
“Bermulanya bulan tanpa orang gaji! Hahaha. Rasakan!
“Orang gaji saya dapat kerja baru dah. Dia memang kami suruh cari kerja sebelum kami berhijrah. Jadi bila dia dapat kerja kami terbengkalai di sini lah sementara tunggu border Indonesia buka semula.
“Jadi, sapu lantai, basuh kain dan lipat kain tak asing lagi kat kami ni. Selalu dok buat pun. Nasib baik cik abang ni tolong,” katanya.
Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama suami yang sedang mengemas rumah.
Tambah Nourul lagi, dia dan keluarga sudah bersiap sedia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia.
“Harapnya hari ni atau esok ada berita gembira buat kami. Hopefully Indonesia dah boleh buka. Kalau buka, hujung minggu ni berangkat dah. Doakan ya. Kes (Covid-19) mereka pun dah turun banyak,” beritahunya.
Difahamkan Nourul dan keluarga berhijrah ke negeri seberang demi masa depan anak-anaknya yang akan bersekolah di sana.
Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23
Must-Watch Video