Hiburan
Nasib Baik Dia Tak Report Polis ..." - Anzalna Nasir Dedah Perubahan Ketika Hamil
Pelakon cantik Anzalna Nasir mendedahkan perubahan yang berlaku sejak mengumumkan berita kehamilannya pada Januari lalu.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya pagi tadi.
Menurut Anzalna setiap pagi akan menjadi rutin dihantar oleh suaminya, Hanif Zaki ke rumah keluarganya.
"Sejak pregnant ni @hanifzaki akan hantar pergi rumah my parents every morning macam hantar anak pergi rumah pengasuh.
"Pagi ni pengasuh dah tanya kat mana sebab semalam lupa nak bagitau i busy!
"Nasib baik dia tak report polis hahahahahahaha," tulisnya sambil seloroh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna terhibur membaca 'screenshot' perbualan antara Anzalna bersama ayahnya.
Malah ada segelintir netizen tidak lupa untuk mendoakan kebahagiaan keluarga Anzalna.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Kini, Anzalna sedang hamil lima bulan.
Must-Watch Video