Hiburan
“Nasib Baik Ibu Boleh Layan…” - Layan Karenah Anak, Ibu Sanggup Teman Tonton Kahar Sebelum Balik Sarawak
Seorang ibu sanggup menemani anaknya untuk menonton filem Kahar: Kapla High Council sebelum pulang ke Sarawak.
Tengok filem Kahar: Kapla High Council bersama anak
Momen comel itu dikongsi sendiri oleh seorang wanita menerusi hantaran terbaharu di TikTok miliknya. undefined
Bagi yang belum menonton, saksikan Kahar: Kapla High Council di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember.
Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
ARTIKEL BERKAITAN:REVIU: Manifesto Kahar: Kapla High Council, Sisi Hitam Seorang Protagonis
ARTIKEL BERKAITAN:“Betul Sumpah, Basah Habis” - Pengarah Dedah Amir Ahnaf Menangis Lepas Baca Skrip Filem Kahar: Kapla High Council
ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Terharu Ibu Menangis Lepas Tonton Filem Kahar: Kapla High Council - “Mama Kata Tahniah Along, Ayah Cakap Terbaik”
ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Dapatkan sim pek Tune Talk edisi Kahar: Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Buat peminat, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang.
Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.