Hiburan
"Nasib Baik Pekerja Selamatkan..." - Iesya Toh Kesal Masih Ada Kejadian Tinggal Bayi Dalam Kereta!
Pengacara Iesya Toh meluahkan rasa kesal terhadap tindakan penjaga yang masih lagi meninggalkan bayi dalam kereta.
Menerusi perkongsian di Instagram, Iesya turut memuat naik foto bayi yang ditinggalkan dalam sebuah kereta, dipercayai berlaku di kawasan sebuah pasaraya di Pulau Pinang baru-baru ini.
Iesya juga berasa marah kerana penjaga bayi tersebut masih tidak serik dengan beberapa kejadian bayi ditemui mati dalam kereta sebelum ini.
"Mungkin terdesak sangat sampai tinggalkan baby? Tesco dah ada online shopping, please lah, banyak cara!
"Seorang bayi ditinggalkan di dalam kereta secara bersendirian walaupun tingkap belakang terbuka sedikit.
"Mana mak dan ayahnya? nasib baiklah pekerja Tesco dapat selamatkan budak tu," tulis Iesya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Iesya juga menasihati semua ibu bapa agar tidak sesekali meninggalkan bayi dalam kereta, meskipun dalam keadaan bergegas.
"Kepada ibu bapa di luar sana, jangan sesekali tinggalkan anak dalam kenderaan walaupun memberi alasan nak cepat, sayangilah anak-anak korang tu," tulisnya lagi.
Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian dari para pengikut Iesya di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut meluahkan rasa tidak puas hati melihat kejadian berkenaan.