Laman Utama
“Nasib Baik Tak Langgar Apa-Apa” – Tayar Kereta Meletup, Aaron Aziz Kongsi Tips Untuk Para Wanita
Pelakon Datuk Aaron Aziz menyatakan rasa syukur tidak mengalami kecederaan selepas tayar kereta yang dinaikinya meletup di tengah jalan.
Berkongsi kisahnya, Aaron berkata dia bernasin baik kerana kereta yang dinaikinya tidak berpusing atau hilang kawalan.
“Cerita semalam...Habis shooting @fairiekhalil tengah memandu tiba-tiba dengar bunyi meletup. Nasib Baik tak swerve dan terlanggar apa,” tulisnya di akaun Instagram.
Di platform yang sama juga, Aaron memuat naik satu lagi video IG TV dan berkongsi tips cara mengendalikan kenderaan jika ada diantara pengikutnya mengalami situasi yang sama.
“Nasib baik run flat tires, walaupun dah pancit tayar dia masih keras. Semalam kita berada ditengah lebuh raya dah bunyi meletup.
“Tapi… Alhamdulillah kita hanya boleh drive 50 km sejam dan tidak boleh jauh daripada 80 km. Kena bawa perlahan-lahan, lampu kecemasan kena buka.
“Kepada para wanita yang membawa kereta, kalau kereta korang jadi begini jangan risau cari kedai tayar paling dekat,” jelasnya.
Menerusi perkongsian itu, Aaron juga memuat naik foto keadaan tayarnya selepas kejadian.
Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana dia dan sekeluarga terselamat.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana pada 3 Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13 dan Dalia Arissa, 9.
Saksikan drama Jalan Sesat Ke Syurga juga turut mempertaruhkan empat pelakon handalan selaku tonggak utama iaitu Datuk Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Aleza Shadan dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Jangan lupa saksikan Jalan Sesat Ke Syurga yang ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video