BERITA

"Nasib Manusia Tak Sama, Ada Yang Selalu Hidup ....." - Nora

Rozaimi Zubaidi 30/04/2019 | 02:18 MYT
Penyanyi Nora mengakui setiap ujian dan dugaan yang menimpa terhadap dirinya adalah kehendak daripada-Nya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nora berharap agar peminatnya reda dalam menerima sebarang ujian dalam hidup.
"Sekadar berkongsi dan menjawap soalan-soalan yang selalu ditanya. Kita semua banyak kekurangan, kelemahan & dosa.
"Termasuklah diri saya sendiri. Nasib manusia tak sama. Ada yang selalu hidup senang, tak pernah rasa susah.
"Ada yang selalu susah, jarang hidup senang. Namun, kita WAJIB BERSYUKUR diatas setiap pemberian Allah. Sedikit ataupun banyak. Allah Maha mengetahui," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nora dan berharap dia tabah meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi.
Sebelum ini, suaminya, komposer arwah Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
#Penyanyi #Penyanyi #Nora