Tahun 2021 boleh dianggap agak mencabar buat selebriti media sosial, instafamous atau juga lebih dikenali sebagai ‘influencer’.

Boleh dikatakan hampir setiap setiap bulan ada saja kekecohan dicetuskan golongan influencer.

Daripada isu pergaduhan di gelanggang futsal sehinggalah membuat ‘content’ di kubur, ini antara yang paling kecoh berlaku sepanjang tahun 2021.

#1 Andika Putera Isu Curang Atas Izin Allah SWT

Tahun 2021 membuka tirai dengan kekecohan yang dicetuskan influencer Andika Putera.

Menerusi satu video yang tular, Andika menyebut ada seorang selebriti curang dan pergi ke rumah perempuan lain dengan izin Allah SWT.

Kelakuan curang itu berlaku kerana Allah menggerakkan diri selebriti itu dan orang lain tidak patut menilai kelakuan negatif tersebut.

Isu tersebut menjadi agak serius apabila turut mendapat perhatian Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan

BACA: Ulas Isu Curang Berlaku Dengan Izin Allah & Undang Kemarahan Netizen, Influencer Buat Permohonan Maaf

#2 Isa Isarb Bergaduh!

Youtuber terkenal Isa Isarb didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melaungkan kata-kata kesat.

Walau bagaimanapun Isa Isarb tampil menafikan dakwaan orang ramai mengatakan kumpulannya membelasah seorang mangsa secara beramai-ramai.

Menurut Isa, dakwaan itu tidak tepat kerana apabila dia sampai ke futsal berkenaan, pergaduhan telah pun berlaku membabitkan beberapa kelompok.

BACA: Dituduh Bergaduh Sampai Bawa Kerambit, Isa Isarb Tampil Jelas Perkara Sebenar!



#3 Beby Tora VS Army

Personaliti media sosial Beby Tora terpaksa memohon maaf kepada semua peminat kumpulan KPop terkenal BTS apabila didakwa telah menyinggung perasaan mereka sewaktu melakukan review makanan.

Video review makanan Beby Tora telah mengundang kecaman apabila dia seolah-olah termuntah selepas merasa sos cajun khas yang disediakan di dalam set

Beby Tora berpendapat sos berkenaan berasa seperti plastik.

BACA: “Kami Respect Army, Sorry Ya” - Nak Muntah Buat Review Set McDonald’s BTS, Beby Tora Mohon Maaf

#4 Carl Samsudin & Warga Emas

Usahawan dan influencer Carl Samsudin mencetuskan kontroversi lantaran sikapnya yang disifatkan biadab terhadap seorang gelandangan warga emas.

Menerusi video yang tular, Carl pada awalnya hadir untuk memberi ceramah motivasi dengan tajuk Ubah Hidup kepada 20 orang gelandangan.

Bagaimanapun sikap Carl yang bercakap dengan nada tinggi, memberi RM50 kepada seorang warga emas yang berani tampil ke hadapan dan bertanyakan soalan kurang sopan dinilai biadab sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

BACA: Dah Buat Netizen Bengang, Carl Samsudin Minta Maaf, Dakwa Selama Hidup Tak Pernah Biadab



#5 Aisar Khaled, Isu Islamkan Orang & ‘Ziarah’ Kubur Arwah Siti Sarah

Tahun 2021, mungkin tahun yang kurang baik buat Influencer yang bergelar pelakon, Aisar Khaled.

Nama Aisar mula ‘meledak’ sekitar Ogos lalu apabila dia berkongsi kandungan video menziarahi tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah disemadikan.

Selain membuat giveaway, iklan dan ‘monetize’ video terbabit, Aisar juga dikritik dengan berpakaian seluar ketat ketika ke kawasan perkuburan.

Tidak lama kemudian, sekitar September lalu, Aisar sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila berkongsi sebuah video mengIslamkan seorang individu di laman sosial miliknya.

Ramai memberikan pujian, mamun tidak kurang juga ada yang memberikan komen bahawa perkongsian secara umum itu seolah-olah tidak menghormati masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa di Malaysia.

BACA: Mengaku Salah, Aisar Khaled Mohon Maaf Kepada Shuib - "Netizen Berhentilah Mengungkit & Fitnah"

BACA: Islamkan Seorang Individu, Tindakan Aisar Khaled Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Bukan Tak Boleh, Cara Tu Tak Betul..”