Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Nasib Tak Berapa Baik, Tekak Jadi Perit" - Siti Sarah

Rozaimi Zubaidi 09/02/2019 | 08:34 MYT
Penyanyi Siti Sarah memohon maaf kerana gagal menyampaikan lagu Semakin dengan baik pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33), minggu lalu.
Menerusi entri di Instagram, Sarah menjelaskan keadaan kesihatan tidak mengizinkan menyebabkan dia sukar mengawal vokalnya dengan baik pada malam itu.
"Assalammualaikum salam jumaat semua..Maaf dah berapa hari Sarah tak post apa-apa selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan. Firstly Sarah nak ucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan pada Sarah dan Lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.
"Terharu sangat sebab ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL. Sarah dan team telah pun cuba untuk buat yang terbaik, dari semua aspek, tapi nasib tak berapa baik, malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit (mungkin over practice) dan ramai yang cakap malam tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit-jerit sebab Sarah cuba untuk buat yang terbaik walaupun dalam keadaan yang tak sihat.

Assalammualaikum salam jumaat semua..Maaf dah berapa hari Sarah tak post ape2 selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan...Firstly Sarah nak ucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan pd Sarah dan Lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.. Terharu sgt sbb ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL..Sarah dan team telah pon cuba utk buat yg terbaik,dr semua aspek,,,Tp nasib tak berapa baik,mlm final Sarah tak sihat,tekak jadi perit(mgkn over practice) dan ramai yg cakap mlm tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit jerit sbb Sarah cuba utk buat yg terbaik walaupon dlm keadaan yg tak sihat...Tentang arrengement Sarah dan management telah pon decide sejak awal lagi utk new arrengement dan mgkn ini kesilapan dr pihak kami sbb ramai yg suka arrengement asal ?...Tp niat hanya satu utk memberikan yg terbaik utk semua... Insyaallah jika ada peluang lagi di AJL sarah dan team akan perbaiki lagi... skrg Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat utk smbung balik aktiviti Sarah... Ucapan terima kasih management Sarah @indigitalmusic ,Team yg terlibat , @hearty.sarah yg sentiasa support Sarah walau dlm ape keadaan pon,, pd daddy @shuibsepahtu yg sentiasa ada utk ibu,keluarga dan peminat2 SARAH.. Ini adalah version sehari sebelum Live ,,, AJL IS THE BEST MOMENT SELAMA SARAH BERADA DLM INDUSTRI.. TAHNIAH PD SEMUA PEMENANG ... ???

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

"Tentang arrengement Sarah dan management telah pun decide sejak awal lagi untuk new arrengement dan mungkin ini kesilapan dari pihak kami sebab ramai yang suka arrengement asal. Tapi niat hanya satu untuk memberikan yang terbaik untuk semua.
"Insyaallah jika ada peluang lagi di AJL sarah dan team akan perbaiki lagi. Sekarang Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat untuk sambung balik aktiviti Sarah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan Sarah semoga cepat sembuh dan memuji persembahan yang dilakukan olehnya pada malam ini.
#Penyanyi #Siti Sarah #Penyanyi
;