Laman Utama
“Nasib Tak Bersalin, Kalau Tak…”- Nad Zainal Dibawa Naik Ambulans Gara-Gara Mengadu Sakit Perut, Ini Kisah Sebenarnya
Pelakon Nad Zainal dibawa menaiki ambulans pada Jumaat lalu selepas disangka hendak bersalin ketika sedang berada di sebuah majlis pelancaran produk.
Terbaharu, Nad menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya memberitahu dia masih belum bersalin dan apa yang berlaku adalah dia hanya mengalami kekejangan pada kaki.
“Drama betul, naik ambulans. Tak…belum beranak…kaki kejung je,” tulisnya.
Dalam satu rakaman yang dikongsi pengguna laman sosial menunjukkan Nad yang terbaring di atas katil telah diusung masuk ke dalam ambulans dengan segera.
Nad kini yang hamil lapan bulan sudah pulang ke rumah dan berehat.
Nad menerusi kemas kininya di IG pula meminta agar urusan proses melahirkan anak keduanya nanti dipermudahkan.
“I’m ok. Doakan yang semua dipermudahkan.
“Nasib tak bersalin.. kalau tak kena letak nama Hana atau Hanafi la semalam,” ceritanya berseloroh.
Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Must-Watch Video