gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Nilam Kongsi Momen Azlan Komeng Tahu Fasal Kehamilan - “Aku Tahu Dia Selalu Menangis Dalam…”
HIBURAN
Che Ani Premium Jadi Cik Annie? Noraniza Idris Kecewa Produk Muruku Diciplak - "Nak Ikut Jejak Saya, Ikutlah Cara Yang Betul"
HIBURAN
Didakwa Kembali Bercinta Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Fify Azmi - “Kami Tak Bergaduh Pun, Takkan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Nasihat Bini Dulu Bang” - Caprice Kena 'Bambu' Balik Dengan Netize Lepas Komen Isu Kakak Air Buah

Izwan Isa
Izwan Isa
06/07/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
“Nasihat Bini Dulu Bang” - Caprice Kena 'Bambu' Balik Dengan Netize Lepas Komen Isu Kakak Air Buah

Seperti biasa, setiap kali ada isu yang sedang viral atau hangat diperkatakan umum, sudah pasti penyanyi Caprice akan memberikan pendapat peribadinya.

Terbaharu, pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu turut sama memberi pandangan mengenai isu segerombolan penunggang motosikal yang bergambar dengan seorang wanita yang dipercayai bekerja di sebuah kedai buah di Terengganu.
Caprice berkata, mengapa perlu datang jauh-jauh dari Kuala Lumpur semata-mata nak cuba air buah yang dijual oleh wanita tersebut.
Selain itu, Caprice turut memberi nasihat kepada lelaki yang melawat kedai terbabit dengan niat yang tidak baik, untuk segera mencari wanita untuk dijadikan isteri.
Malah, kelakuan tidak bermoral seperti memeluk dan memegang pinggang wanita itu boleh diatasi jika lelaki-lelaki gatal ini sudah mempunyai pasangan.
Begitupun, nasihat Caprice seperti berbalik pada dirinya sendiri. Menerusi rungan komen di Facebook Gempak, ramai yang menyindir Caprice sebagai seorang yang turut melakukan hal-hal untuk menarik perhatian orang ramai.
“2 kali 5 jer.. kau pun sama.. jenis minta perhatian jugak.”
“Bini dia lagi bagi tayangan free je kat IG. Yang tu tak nak tegur ke?”
“Bising ahhh nasi lemak ni… hang berak pun nunjuk… takda beza hang dengan lelaki tu.”
“Nasihat bini dulu bang, baru tengok orang lain.”
Pada Isnin, sebuah video menunjukkan kelakuan tidak senonoh segerombolan lelaki terhadap seorang pekerja wanita yang seksi di kedai tersebut tular di media sosial.
Premis tersebut turut mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tindakan boleh diambil di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Topic Berkaitan
#Isteri
#Caprice
#Kakak Air Buah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement