Berita

Nassier Wahab Amalkan Surah Yusuf Untuk Awet Muda

Elrafaei Sapi
13/07/2018
16:06 MYT
Penyanyi popular, Datuk Nassier Wahab antara selebriti terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal dan paling mencuri tumpuan peminatnya adalah beliau sentiasa kelihatan muda.
Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.
Begitu juga, mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca surah Yusuf.
Perkara itu diakui sendiri penyanyi Alif Satar yang memuat naik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak.
Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.
Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini.
Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah.
Alif juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @alifsatar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

gempak
02/07/2024
08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Dituduh Buat Konsert Di Gereja, Ini Jawapan Alif Satar

gempak
12/05/2024
02:55 MYT
Dek kerana didakwa melangsungkan konsert di sebuah gereja di London pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos (ASTL) tampil menjelaskan hal sebenar untuk menjawab segala persoalan yang membelenggu ramai pihak. Menurut vokalis ASTL, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, dirinya tidak menafikan bahawa St. John Hyde adalah sebuah gereja lama namun tempat t
Hiburan

"Saya Tak Pernah Sertai 'After Party', Lepas Event Balik Rumah Terus" - Alif Satar

gempak
31/03/2024
09:00 MYT
Alif Satar akui tidak pernah menyertai mana-mana parti yang dianjurkan selepas selesai acara hiburan.
Gaya Hidup

Ukiran 'Hayya Alal Falah' Pada Gold Bar Unik Berbentuk 'Alif'! Rezeki Alif Satar Dilantik Duta Produk Emas GB Gold

gempak
30/03/2024
02:00 MYT
Pertama kali dalam sejarah dunia, gold bar eksklusif berbentuk Alif dilancarkan serentak dengan pelantikan Alif Satar sebagai duta produk emas, Grand Bullion Gold Sdn Bhd atau GB Gold.