Nassier Wahab Bergelar Datuk

Mya Amri
Mei 15, 2017 15:19 MYT
Penyanyi, Nassier Wahab hari ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Majlis penganugerahan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Menerusi akaun Facebook miliknya, Nassier, 55, mengucapkan syukur di atas anugerah yang diterima.
“Alhamdullilah, majlis penganugerahan telah selamat dijalankan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang,” tulisnya hari ini.
Nassier seorang penyanyi yang memulakan karier pada pertangahan tahun 1980-an dan terus kekal aktif sehingga kini.
Penyertaan penyangi berasal Pulau Pinang itu dalam Gegar Vaganza musim kedua yang lalu membuka lebih peluang kepadanya dan menambah kalangan peminat generasi baharu.
Antara lagu popularnya ialah Sekali Aku Jatuh Cinta, Wajah Kekasih, Bayangan Wajah Duka, Undangan Rindu dan banyak lagi.
Sumber: Utusan Online
#Penyanyi #Nassier Wahab #Penyanyi #Bergelar Datuk