Hiburan
Nassier Wahab Bersyukur Bebas Penyakit Kanser Gusi
Penyanyi senior popular, Datuk Nassier Wahab bersyukur selepas dirinya bebas daripada penyakit kanser gusi.
Menurut laporan Kosmo, Nassier melakukan pembedahan di sebuah pusat perubatan pada 1 Jun lalu apabila kanser gusi mula dikesan selepas dia mencabut gigi empat tahun lalu.
“Ia bermula sebagai jangkitan kuman namun menjadi semakin teruk sejak setahun lalu.
“Pada awalnya, saya rahsiakan dulu daripada pengetahuan peminat dan media sehingga saya sudah berjaya membuang sel kanser tersebut,” kata Nassier.
Tambah penyanyi awet muda ini, dia kini menanam impian untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mahu lebih mementingkan penjagaan kesihatan.
“Kanser ini boleh datang semula jika saya tidak menjaga kesihatan atau badan mengalami tekanan jadi saya mahu ikut saranan doktor dalam menjalani hidup sihat.
“Insya-Allah, saya juga sudah semakin pulih dan akan boleh mula bekerja seperti biasa tidak lama lagi,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online
Must-Watch Video