Pelakon kacak Nas-T diumumkan sebagai pelakon utama filem adaptasi animasi terkenal Keluang Man.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar dipilih berdasarkan video ujibakat yang dihantar kepada Astro Shaw beberapa bulan lalu.

“Saya masih nervous, masih tak percaya saya dipilih sebab prosesnya sangat sukar. Ia punyai empat fasa, ramai pelakon hebat pun mencuba nasib. Saya rasa sangat kerdil,” katanya.

Selain Nas-T, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad yang menjadi milik Datuk Rosyam Nor serta Inspektor Sahab yang diberikan kepada Anwar Beg Mughal.

Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjayamencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaanMalaysia.

Filem Keluang Man akan memulakan penggambaran pada 2024 dan dijadualkan tayangan pada 2025.