Dalam sejarah manusia, bilangan individu Muslim yang dicatat melakukan perjalanan ke angkasa hanyalah sebanyak 11 orang setakat ini.

Pengalaman ke angkasa tentunya bukan sesuatu yang mudah dilupakan kerana ia adalah salah satu kebanggaan negara.

Naura Shares episod 10 malam ini, menampilkan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang akan berkongsi pelbagai cerita.

Asalnya seorang doktor yang merealisasikan impian ke angkasa sekali seumur hidup dan kini bergelar suami dan bapa.

Nak tahu apa yang bakal dikongsikan Muszaphar? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.