Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Naya Penduduk Kampong Pisang, Diganggu Hantu Rempit Malam Ini!

Azwa Rahman
14/12/2020 05:37 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri memasuki episod kedua dengan cerita hantu rempit.

Dilakonkan oleh Hazama selaku Firdaus, anak Pak Karim yang gemar merempit, penduduk kampung mula kecoh apabila mereka diganggu oleh hantu rempit setiap kali melalui jalan raya utama.

Menerusi laman sosial Instagram, Hazama turut berkongsi teaser terbaru episod hantu rempit yang akan disiarkan pada malam ini.

“Dah senja pun sempat lagi nak layan last lap eh. Nayalah penduduk kampung kali ni kena ganggu hantu rempit pulak,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by HAZAMA (@mrhazama1)


Kampong Pisang Bersiri-siri episod hantu rempit mengisahkan Kak som tidak dapat menerima kematian anaknya dan meminta bantuan mat khuda untuk membawa anaknya pulang.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

#Hazama #mamat khalid #Kampong Pisang Bersiri-siri