Pelakon Datin Paduka Eina Azman bawa suami Datuk Paduka Kaiser Gurmet Harden mengerjakan umrah buat kali kedua.

Eina Azman memberitahu umrah itu dilakukan sempena bernazar pada tahun lalu selepas suaminya sembuh dari jangkitan Covid-19.

“Tahun lepas Eina ada bernazar untuk suami Eina selepas kena Covid-19.

“Alhamdullilah semuanya dipermudahkan jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah untuk kali kedua.

“Jadi di sini Eina ingin meminta maaf kalau kami ada salah dan silap. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang. Insyallah semoga yang baik-baik untuk kita semua,” katanya.

Pelakon The Maid 2 itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto mereka di lapangan terbang sebelum berangkat ke tanah suci.

Pada Ogos tahun lalu suami Eina disahkan Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kaiser mengalami demam panas dan tahap oksigen yang kurang stabil.

Dalam masa yang sama dua pembantu rumahnya dan Eina sendiri dijangkit Covid-19 selepas merawat suaminya di rumah.

Eina dan Kaiser yang juga ahli perniagaan bernikah pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup hampir lapan tahun itu, mereka dikurniakan kembar, Aubrey dan Karl, kini berusia enam tahun.

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)